Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan konservatif May umum program perundangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan konservatif May umum program perundangan

LONDON: Kerajaan Konservatif pimpinan Theresa May yang dilanda kemelut politik mengumumkan program perundangan kerajaannya dalam titah ucapan oleh Ratu Elizabeth di Parlimen pada Rabu (21 Jun) selepas mengalami penangguhan yang belum pernah terjadi sebelumnya.

May kembali berkuasa selepas pilihan raya awal pada 9 Jun tetapi kerajaannya kehilangan majoriti.

May membuat percaturan untuk mengadakan pilihan raya lebih awal bagi mengukuhkan kedudukannya dalam rundingan Brexit dengan Eropah, sesuatu yang beliau dan hampir semua orang fikir bahawa prosesnya akan berjalan dengan mudah.

Tetapi parti pimpinannya kehilangan 13 kerusi daripada majoriti 331 kerusi sebelumnya dan kejutan berlaku apabila apabila parti Buruh memenangi 262 kerusi, tiga puluh kerusi lebih banyak daripada jumlah kerusi sebelumnya. Sesebuah parti memerlukan 326 anggota di Parlimen untuk memerintah dengan majoriti selesa.

May sekarang ialah pemimpin kerajaan dalam Parlimen yang tergantung.

Kali terakhir perkara seperti ini berlaku ialah pada 2010 apabila parti Konservatif yang diterajui David Cameron membentuk kerajaan campuran dengan Parti Demokrat Liberal (LibDem) tetapi opsen itu kali ini tidak ada untuk May. Kerajaanya sekarang mempunyai majoriti anggota parlimen dalam Parlimen yang tergantung.

Ketidakpastian membelenggu, bukan sahaja bagi jawatan perdana menteri tetapi juga belum pernah berlaku sebelum ini, pembukaan ssesi Parlimen oleh Ratu Elizabeth tertangguh. Ketika May mencari rakan gabungannya, Ratu Elizabeth pula menunggu bila May akan mengumumkan pembentukan kerajaan.

Ratu telahpun membatalkan mesyuarat tahunan dengan badan Order of the Garter kerana menjangka akan merasmikan pembukaan sidang parlimen tetapi itu tidak berlaku kerana May masih tidak mempunyai sekutu dalam kerajaan.

Hari ini yang kebetulan ialah hari yang paling panjang tahun ini mungkin menjadi hari penantian paling lama bagi May. Pemimpin Parti Buruh Jeremy Corbyn, yang masih mengidam jawatan Perdana Menteri, mempunyai rancangan untuk menganggu perjalanan sesi ucapan oleh ratu dengan perbahasan mengenai pindaan yang berlarutan. Tetapi mengapa May masih bertegas untuk meneruskan pembukaan sesi parlimen sedangkan beliau masih tidak mempunyai rakan?

May bergantung harap kepada tempoh yang singkat antara hari ini dan undi terakhir mengenai ucapan Ratu pada 27 Jun kerana dalam tempoh tersebut, beliau berharap dapat meraih sokongan anggota parlimen dari parti lain.

Parti yang May sedang intai ialah Parti Kesatuan Demokratik Ireland Utara (DUP), parti berhaluan kanan yang berkembang hasil Protestant Orange order yang berkait rapat pada masa lalu dengan keganasan yang dicetuskan oleh Tentera Republikan Ireland (IRA).

Dengan DUP mempunyai 10 kerusi dala parlimen, apa yang dicari oleh May bukan rakan gabungan tetapi cuma menjadi penyokong apabila dikehendaki. Parti itu, yang berhaluan ultra konservatifve, amat diperlukan untuk mengekang pengaruh ke atas Sinn Fein, berfahaman katholik yang menjadi rakan parti di Ireland Utara di bawah perjanjian Good Friday yang mengakhiri sejarah keganasan di negara itu.

Usaha May pada peringkat akhir telah dikritik oleh perdana menteri kerajaan Konservatif sebelumnya John Major, seorang daripada arkitek perjanjian damai. Perikatan yang rapuh antara DUP dan Konservatif di Parlimen mungkin adalah petanda May berada dalam keadaan terdesak dalam rundingan tawar-menawar dengan DUP bagi membentuk kerajaan.

Selain perundangan Brexit, ucapan oleh Ratu hari ini menampilkan betapa doktrin pragmatisme May telah terhakis dan mengakhiri langkah penjimatan. Kebanyakan daripada janjinya dalam manifesto cuma tinggal janji dan program sekarang tertumpu kepada lebih banyak perbelanjaan bagi sekolah dan keadilan bagi mangsa keganasan rumah tangga.

Ini juga bermakna tiada lagi pembiayaan makanan di sekolah dan pemansuhan subsidi bagi musim sejuk dan rumah-rumah kebajikan terpaksa menanggung kos bagi penjagaan sosial.

Kerajaan telahpun mengumumkan bahawa oleh kerana program yang sukar dan berterusan bagi Brexit, Ratu Elizabeth tidak akan menyampaikan titah ucapan pada sesi parlimen tahun depan.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tO3Mjm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.