Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok

KUANTAN – Seorang pekerja pelabuhan maut akibat dihempap pokok tumbang dalam kejadian hujan lebat dan angin kencang di kawasan Pelabuhan Kuantan petang tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Anuar Hassan berkata dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu mangsa Ab Aziz Jusoh, 54, meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss kebetulan melalui kawasan itu dan tidak sempat mengelak menyebabkan mangsa dihempap pokok yang tumbang berkenaan.

“Bagaimanapun dua lelaki yang menaiki dua kereta Produa jenis Viva terselamat dalam kejadian itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Anuar menambah bomba mengambil masa selama kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap di bawah pokok itu.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh mengesahkan kejadian dan berkata pihaknya masih menunggu laporan lengkap kejadian itu. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sBcvpC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.