Hi! Welcome Back and Stay Tune! SESCO & Pihak Berkuasa Serbu Pub & Rumah Urut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SESCO & Pihak Berkuasa Serbu Pub & Rumah Urut

KUCHING – Sebuah rumah urut dan sebuah pub di Bintulu, diserbu berikutan keengganan pengendalinya membenarkan pasukan daripada Sarawak Energy Bhd memeriksa meter elekterik di dua premis itu yang terletak di bangunan sama.

Cawangan operasi dan runcit pembekal tenaga itu, Syarikat SESCO Berhad (SESCO) dan pemeriksa Unit Inspektorat Elektrik (EIU) daripada Kementerian Kerja Raya dan polis tempatan, menyerbu premis itu setelah memperoleh waran penggeledahan daripada mahkamah.

Dalam kenyatan di sini hari ini, jurucakap SESCO berkata kedua-dua pusat hiburan itu mempunyai sejarah mengusik meter dan diletakkan dalam senarai pemantauan rapi syarikat berkenaan. Meter pelanggan yang diletakkan dalam senarai itu akan diperiksa secara tetap.

“Pasukan kami mendapati meterai meter telah diusik dan terdapat lubang pada penutup depan utama serta litar terbuka voltan.

Kami gantikan meter yang diusik itu dengan meter pintar bagi membolehkan SESCO memantau penggunaan pelanggan secara tepat masa dari ibu pejabat. Sebarang cubaan untuk mengusik meter ini akan dapat dikesan dan diambil tindakan dengan segera,” katanya.

Beliau berkata pasukan yang melakukan serbuan itu merampas bukti mengenai perbuatan mengusik meter dan membuat laporan polis untuk membolehkan siasatan lanjut dan pendakwaan dilakukan.

Dua pusat hiburan itu, kata beliau, juga dikategorikan sebagai ‘pelanggan berisiko tinggi’ .

“SESCO ingin mengingatkan orang ramai bahawa mencuri tenaga elektrik adalah suatu jenayah, membahayakan nyawa dan boleh menyebabkan kerosakan terhadap paralatan elektrik pelanggan, yang sekali gus mudah mengakibatkan kebakaran,” katanya.

Beliau berkata syarikat itu akan terus aktif melakukan pemeriksaan dan penyiasatan terhadap meter di seluruh negeri ini dengan sokongan kementerian berkenaan serta polis bagi mengekang perbuatan mencuri tenaga elektrik.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai supaya melaporkan sebarang kes mencuri tenaga elektrik kepada SESCO melalui talian khas 082-443535 dan semua maklumat akan dirahsiakan. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sTM2Xx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.