Hi! Welcome Back and Stay Tune! (Video) Konstabel R0g0l Wanita Sedang Puasa Hingga Pengsan Diberi Layanan VIP Oleh Polis. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(Video) Konstabel R0g0l Wanita Sedang Puasa Hingga Pengsan Diberi Layanan VIP Oleh Polis.

Seorang Konstabel yang berkhidmat dengan Polis Keretapi Kerajaan (GRP) telah mer0g0l seorang muslimah berumur 25 tahun yang sedang berpuasa dalam sebuah koc keretapi Lucknow-Chandigarh Express yang dikhaskan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) pada hari Selasa, 30 Mei 2017 lalu. 


Walaupun telah melakukan satu kesalahan, per0g0l tersebut telah diberikan layanan ‘VIP’ oleh pihak polis India. 

Menurut laporan yang diterbikan oleh The Indian Express, mangsa yang tidak sihat sewaktu dalam perjalanan telah dipelawa ke koc OKU oleh Konstabel Shukla, berumur 24 tahun, untuk berehat. Sewaktu membawa mangsa, terdapat tiga orang belia yang berada dalam koc tersebut dan telah dihalau keluar oleh Shukla. 

Setelah menghalau penumpang-penumpang tersebut, Shukla membawa masuk mangsa dan mengunci koc dari dalam. 

Belia-belia yang telah dihalau sebelum ini kemudian menimbulkan kekecohan di luar koc kerana mengesyaki sesuatu yang tidak elok, memberitahu orang ramai bahawa seorang konstabel telah membawa masuk seorang wanita ke dalam koc lalu menguncinya dari dalam. 

Setelah tiba di Stesen Bijnor, penumpang-penumpang dan kakitangan mula berkumpul di luar koc tersebut. Setelah pintu dibuka, didapati bahawa terdapat seorang muslimah yang berada dalam keadaan separa sedar. 

Mangsa kemudiannya telah dikejarkan ke hospital daerah. Menurut laporan lain yang diterbitkan oleh Janta Ka Reporter, pihak polis India sangat lambat bertindak dalam hal ini. 

Sebaliknya, jika terdapat jenayah yang dilakukan ke atas warga Hindu, polis sangat pantas bertindak. 

Jenayah ke atas umat Islam dan kaum minoriti lain kian meningkat setelah pelantikan sami militan Ajay Singh Bisht atau lebih dikenali sebagai Yogi Adityanath sebagai Menteri Besar Uttar Pradesh pada bulan Mac tahun ini. 

Video di bawah memperlihatkan layanan yang diberi kepada per0g0l oleh pihak polis.


Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t7Tryv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.