Hi! Welcome Back and Stay Tune! Maria Sharapova disiasat polis India gara-gara projek pembinaan terbengkalai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Maria Sharapova disiasat polis India gara-gara projek pembinaan terbengkalai

NEW DELHI: Juara Grand Slam lima kali, Maria Sharapova, kini disiasat oleh polis India atas konspirasi penipuan dan jenayah susulan kegagalan sebuah projek perumahan mewah yang dipromosikannya, kata seorang peguam pada Selasa.

Portal India Times melaporkan, syarikat di sebalik projek pembinaan itu didakwa melarikan jutaan dolar daripada pembeli kediaman sebelum projek itu terbengkalai.

Piyush Singh, peguam yang mewakili salah seorang daripada pembeli, memberitahuAFP bahawa polis telah memfailkan dakwaan penipuan dan jenayah.

Projek yang sepatutnya dibangunkan di Gurgaon, iaitu bandar satelir di New Delhi, sepatutnya siap pada tahun 2016, namun kerja-kerja pembinaan telah terbengkalai selepas pihak pembangun mengumpulkan jutaan dolar daripada pembeli hartanah.

Setakat ini belum ada komen lanjut daripada pihak polis tentang kes itu, yang kini dibicarakan di sebuah mahkamah di New Delhi.

Panggilan yang dibuat kepada pihak pembangun juga tidak dijawab, sementara Sharapova belum mengulas tentang kes itu.

Bekas pemain tenis nombor satu dunia itu pada 2015 telah menjana pendapatan hampir AS$30 juta.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hRfpWv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.